Isnin, 17 Disember 2012

Lagi Tip diet untuk anda



Nak diet? kita tak boleh diet dengan cara sambil lewa, maksudnye, hari ni nak diet, esok tak nak, kejap on, kejap off, ( Diet ALPHA LIPID SD2 (ALSD2) memerlukan masa 2 hari untuk menghilangkan gula dalam badan, so tidak boleh nak on & off diet ANDA ok!)

Panduan utk buat persediaan yang mantap sebelum berdiet: 

1. Target - berat yang kamu inginkan dan masa yang diperlukan. penting!! ada segeli
ntir yang berdiet,, minggu ni diet, minggu depan tak mahu diet, ALASANNYA.. .'ada rumah terbuka la, kenduri la, orang belanja makan la (makan free memang sedap).. memang makin bertambahlah "KG" ANDA.

2. Cari ILMU - Kena kaji jenis diet yang anda ingin lakukan, cari la apa saja MAKLUMAT yang ada kena mengena dengan diet yang anda ingin lakukan, contohnya diet Atkins, diet SD2 ada persamaan dengan diet Atkins, jadi anda boleh cari maklumat pasal ketosis, air kosong, khasiat telur, dan sebagainya. Carilah apa saja tentang diet, apa2 kita nak buat, kena ada ilmu, baru boleh berjaya.

3. Berfikir secara positif - Saya perhatikan ada sesetengah orang yang dah berjaya kurangkan saiz badan, bila saiz badan dah kecil, tapi takut nak buat baju atau beli baju saiz kecil..takut gemuk balik!! (patut ke kita berfikir macam ni?? sedangkan kita mempunyai azam untuk kurus??) kalau boleh jangan ada pemikiran seperti itu, cuba berazam "aku takkan pakai baju ni lagi" kalau boleh buang je baju-baju tersebut. if berkenan satu baju ni, tapi tiada saiz besar, mulakan beli saiz yg kecil sikit, janji boleh pakai dan fikirkan satu hari nanti anda akan dapat memakai baju tersebut dengan selesa (pasti anda akan tersenyum dan lebih bersemangat)

4. Abaikan MULUT ORANG - Bersedia untuk menerima pelbagai kritikan, kutukan, atau kata-kata yang buat anda tidak bersemangat. Kita perlu ambil kritikan, kutukan serta sebagainya yg sering kita dengari sebelum ini, dengan beralih kepada pemikiran positif ambil sebagai iktibar, kata-kata perangsang, kata-kata semangat untuk membakar semangat ANDA untuk maju ke hadapan dan menurunkan berat badan yang anda idamkan.


Yusma 019-4076532 untuk info

Suka ? Like je Okeyy :)

Kejayaan Anda Dalam Biz ini..

Suatu ketika dahulu, bila bercakap pasal alpha lipid sd2, semua orang tak peduli.. semua orang tak kisah.
Tapi kini tak payah kenalkan bermati-matian pun orang da boleh terima produk Alpha Lipid sd2 kerana telah TERBUKTI alsd2 memang produk TERBAIK. Malah permintaan yang berterusan dan perkembangan TESTIMONI2 terkini yang semakin hari semakin meningkat, membuatkan ramai yang telah dapat menerima dan mengakui kehebatan produk kami.
Ambillah PELUANG KEEMASAN ini dengan mendaftar sebagai ahli dan menjadi pioneer dalam bisnes ini. "JUTAWAN MILIK ANDA"

TAWARAN GANJARAN SEBAGAI REPRESENTIVE

Yuran Pendaftaran Representive Baru RM60.00 ( Sabah/Sarawak ) RM80.00

350 - 549  PV / GV      4 %
500 - 749  PV / GV      8 %
750 - 949  PV / GV     12%
Melebihi 950  PV / GV     16%

TAWARAN PENDAPATAN SEBAGAI SUPERVISOR

Anda akan mendapat lebih sekiranya menjadi Supervisor.
Rebat Kekal Maksimum  ( 25% ).
RM52.00-55.00 per tin - Pendapatan tetap setiap tin yang terjual.
Bonus Rangkaian Maksimum ( 16% ).
Layak mendapat ROYALTI. ( 2% - 4% ).
Pendapatan dari RM240 sehingga RM1000 sebulan.
Kelayakan :-
- 3000 PV atau GV dalam masa 30 hari ( min 1500pv )** Berkumpulan
- 6000 GV terkumpul dengan tiada had masa** Berkumpulan

PEROLEHI LEBIH BANYAK PENDAPATAN SEBAGAI MANAGER

Rebat Kekal Maksimum  ( 25% ).
Bonus Rangkaian Maksimum ( 20% ).
Layak mendapat ROYALTI. ( 2% - 4% )
Pendapatan dari RM1000 sehingga RM4000 sebulan

Kelayakan :-
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang Supervisor yang di taja sendiri dalam masa 60 hari ( 2 bulan kalender ).

Kini anda telah tahu bagaimana biz ini membantu anda menjana pendapatan seperti yang anda rancang. Tiada masalah bebanan hutang atau duit simpanan kehabisan sebelum dapat gaji. Anda tentukan sendiri berapa gaji yang anda nak. Kini anda ajar pula kepada ahli-ahli untuk jadi supervisor, manager dan ke level-level yang lain agar kita sama2 menuju ke PUNCAK KECEMERLANGAN

Hubungi Yusma di talian 019- 4076532 untuk info lanjut tentang bisnes ini.

Suka ? Like je Okeyy :)

8 tips slim dengan cepat

Bila bercerita tentang senaman... Ramai yang akan geleng kepala kata TIDAK!

Tahukah anda berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menjayakan diet kita. Ikuti catatan seterusnya untuk mengetahui cara-cara senaman yang boleh kita lakukan.



1.     Berjalan dengan cepat
Kalau anda nak tahu, berjalan dengan cepat pun kita dapat membakar sekurang-kurangnya 120 kalori. Cam ne nak jalan cepat hehe... Senang.. pada kaum wanita khususnya, memang terkejar2 semasa memasakkan. Pada yang berkerjaya tu, jika tempat kerja berdekatan dengan rumah tu, jimatkan belanja bayar tambang bas atau teksi, baik berjalan. Badan sihat, slim dan dapat berjimat lagi..:)

2.     Menaiki Tangga
Tahukah anda, selangkah anda melangkah menaiki tangga, telah membakar 7 kalori lemak. Bayangkan anda turun naik tangga setiap hari..Tentu lebih banyak kg yang dapat anda turunkan. Yang penting, kenalah usaha.

3.     Urut Badan
Untuk pengetahuan anda,1 jam urutan yang dilakukan secara konsisten, dapat membakar 230 kalori. Cubalah..

4.     Memasak.
Bagusnya jadi wanita. Buat kerja rumah pun dapat menurunkan berat badan. Kalau anda nak tahu, dengan memasak, kita dapat membakar 150 kalori sekali masak. Imagine kalau masak banyak kali hehe..

5.     Tidur
Tidur yang mencukup selama 7jam sehari dapat membakar 200 kalori. Namun diingatkan, kalau tidur berlebihan pun boleh mengundang penyakit dan menaikkan semangat "MALAS" hehehe.. Jadilah, berpada-pada lah tidur yer.

6.     Menari.
Yang ni memang favourite yusma. Kerana paling senang membakar lemak. Lagi pun minat. 1 jam menari dapat membakar 200 kalori. Pedulikan orang nak kata apa pada kita. Klu malu, menari dalam bilik dan hadap cermin. Tak de sesiapa nak gelakkan kita. Klu ada pun bayang2 kita di cermin jerk hehe..

7.     Skipping/Lompat Tali
Pada kaum2 ibu tu, ajak la anak2 main lompat tali sama2. Baru tak bosan. Kot la ibu2 tu da lupa cam ne nak lompat tali. 15 minit skipping dapat membakar 70 kalori. Klu rajin, lompat lama lagi weee...lagi banyak kalori dapat dibakar.

8.     Bercucuk Tanam
Tanam menanam ni..kata orang2 tua klu tangan panas, tanaman tak menjadi..betul kew... Tapi tak bermakna kte2 ni tak boleh bercucuk tanam kan. Ni yusma nak bagi tips, klu nak tanam apa2 tu, hadap kiblat, selawat pas tu tanam la bunga atau ape2 tanaman yang anda suka. Insyaallah mesti tanaman anda subur..dan anda pun dapat membakar kalori hanya dengan hobi anda..Cubalah..

Dan banyak lagi cara lain kita boleh membakar kalori. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. peeaaccee..
Suka ? Like je Okeyy :)

Sarapan Bagus untuk kehidupan harian



Kali ni yusma nak share pula pasal satu perkara..
Tentang sarapan..
Kalau anda nak tahu.. sarapan ni banyak manfaatnya semasa berdiet..Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Persoalannya...JOM BACA!!!

MENGAPA SARAPAN SANGAT PENTING KEPADA KITA?

Sarapan amat penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikit.

Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.

So.. kesimpulannya..
Pada yang sedang berdiet tu.. jgn kerana nak cepat slim tak amik makanan langsung di waktu pagi..:(
Yusma sarankan.. Klu mmg rasa tak nak makan banyak kali..PASTIKAN!!!(garang tu haha)
Ambillah sarapan pagi..
Kerana ia salah satu cara dapat menurunkan berat badan dgn pantas..:)
Boleyyy...?
So.. klu berminat berdiet dgn yusma.. jom lahh..
pm/sms/call 019-4076532

Suka ? Like je Okeyy :)

Lagi tip berpuasa semasa diet




Ok..kali ni yusma nak share lagi tentang puasa dan diet…

Bila berpuasa, yusma pasti ramai yang kurang minum air bukan?

Jadi, yusma nak kongsikan sedikit tips supaya kalau tak dapat 3 liter pun paling kurang dapatlah minum dalam 2 liter air sehari.

PANDUAN MINUM KETIKA PUASA BERSAMA SD2..

Sediakan sebotol air masak sebagai indicator yang ada tulis berapa liter boleh muat. Lebih senang beli yang 1 liter atau 1.5 liter. Tak payah ulang-alik isi banyak kali.
Setiap kali ambil sd2, ambil bersama 2 gelas air. Satu gelas lebih kurang 200ml~250ml.
Jadi kalau ambil 3 kali iaitu :-
Selepas bersahur 2 gelas = 400ml
Selepas berbuka 3 gelas = 600ml
Sebelum tidur 3 gelas = 600ml
Bila kita total lebih kurang 1.6liter air kte dah minum.

So..cam ne nk cukupkan 2 liter?
Letak sebotol air masak di tepi katil. Kalau terjaga tengah malam boleh minum sikit. Atau bila bangun je sebelum nak masak nasi untuk sahur minum sikit air.
Tak susah sebenarnya, cuma bila kita tak biasa, itu yang menyebabkan kita rasa susah. Tapi kalau tak bermula dari sekarang, bila lagi? oh ye, dengan pengambilan air yang banyak juga membuatkan kita dapat mengawal nafsu makan. Jadi, takde la makan berlebih2 masa berbuka puasa kan.
Salah satu kebaikan puasa adalah dapat merehatkan perut tapi kalau berbuka kita makan sebanyak-banyaknya maka, makin tersiksalah perut tu hehehe. Silap-silap lebih tersiksa semasa kita tak puasa....:)

haa.. jgn ragu2 lagi..
Jom diet bersama saya..
pm/sms/call 019-4076532
 
Suka ? Like je Okeyy :)

Berpuasa ketika Diet



Kali ini mas nk berkongsi pula tentang diet semasa berpuasa..
Oleh kerana bulan puasa semakin hampir...
Ramai yg berebut2 peluang berpuasa sunat sepanjang Bulan Rejab dan Syaaban ni..
Namun.. oleh kerana semangat yang kuat untuk slim sebelum raya..
Banyak kemusykilan atau pertanyaan bagaimana nak berdiet semasa berpuasa...

So.. oleh kerana mas ni rajin ( hehehe..pasan plak..)...
So mas nak kongsi bersama bagaimana anda dapat memanfaatkan program diet ini dengan jayanya walaupun anda sedang berpuasa..

Apabila kita berpuasa, maka ada beberapa pantang semasa berdiet SD2 yang perlu kita perhatikan.

Pantang SD2 yang pertama adalah jangan berlapar atau tidak mengambil apa-apa makanan lebih dari 6 jam sewaktu kita jaga. Namun begitu kita masih boleh berdiet dan mengambil SD2 sambil berpuasa kerana kewajipan berpuasa adalah lebih penting cumanya metabolisma kita menjadi perlahan sedikit dari biasa tetapi berat kita masih boleh turun. Apabila kita sudah berbuka nanti makanlah dengan kenyang tetapi tetap tidak mengambil karbohidrat dan gula serta minumlah air yang banyak untuk menggantikan air yang hilang sewaktu siang.

Perkara atau syarat yang lebih penting untuk kita perhatikan sewaktu berpuasa adalah kita mestilah makan cukup protien semasa berdiet. Cukup protien disini bermaksud kita masih perlu mengambil 8 scoop sehari. Anda boleh memilih untuk mengambil 3 scoop pada waktu bersahur, 3 scoop waktu berbuka dan 2 scoop sebelum tidur.

Saya sangat menekankan perkara ini kerana sekiranya anda berdiet dan berat badan anda masih turun tetapi anda tidak memakan cukup protien maka ini akan meninggalkan kesan yang tidak elok pada badan anda. Kesan yang pertama adalah apabila anda turun berat badan nanti maka kulit ada tidak cukup tegang, kendur dan nampak cengkung. Sekiranya cukup memakan protien maka kulit anda akan nampak lebih tegang, tidak kendur, sihat serta warna kulit sepatutnya nampak lebih cantik.

Kesan kedua adalah apabila tidak cukup memakan protien maka apabila anda turun berat badan, tisu badan atau lean mass anda tidak dilindungi dan jika anda berhenti berdiet nanti maka lemak akan lebih cepat terkumpul dan anda akan mengalami kesan berat naik mendadak seperti program diet yang memakan ubat-ubat diet yang ada dipasaran. Sekiranya tisu badan atau lean mass anda dilindungi dengan memakan protien yang cukup maka anda tidak akan mengalami masalah berat naik mendadak ini.

Itu sebabnya saya tidak menggalakkan samada alasan anda berpuasa atau malas atau akal terlalu bijak hendak menjimatkan duit maka anda tidak mengambil SD2 seperti yang sepatutnya. Sekiranya anda hanya ingin menjalani fasa pengekalan atau maintenance, maka tidak perlu mengambil SD2 tetapi cuma menjaga kadar karbohidrat yang anda boleh ambil atau dipanggil Critical Carbohydrate Level of Maintainence (CCLM) yang selalunya lebih kurang 100g sehari. Tetapi apabila anda masih mengambil SD2, maka makanlah cara yang betul.

Semoga puasa anda diberkati disamping beribadah dengan cara yang sihat.
Sebarang pertanyaan..019-4076532

Suka ? Like je Okeyy :)

Elakkan kafein semasa diet


KENAPA KAFEIN DILARANG MASA ANDA BERDIET DENGAN SD2?

Kafein dikenali juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit. Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko. 

Kafein boleh ditemui dalam biji kopi (Coffe
a Arabica) , daun teh (Theasinensis) dan biji koko (Theobrama cacao). Kafein juga boleh didapati dalam lebih 60 jenis tumbuh-tumbuhan lain. Antaranya pokok guarana (Paullinia cupana) yang terdapat di Amazon. Kafein sering digunakan terutamanya dalam minuman ringan. Kebanyakan remaja sekarang begitu gemar mengambil minuman berkarbonat kola yang bukan sahaja mengandungi kafein tetapi juga kandungan gula yang tinggi. kafein juga digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma.

Kesan Pengambilan Kafein

Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya.

Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah. Jangka masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan separuh daripada jumlah kafein yang diambil adalah dari beberapa jam hingga ke beberapa hari. Secara puratanya bagi orang dewasa, kesannya boleh dirasai selama lima hingga tujuh jam. Terdapat beberapa faktor yang melambatkan jangka hayat kafein dalam tubuh kita, antaranya seseorang yang mengambil ubat-ubatan, menghidap penyakit hati dan wanita mengandung.

Oleh itu, bagi wanita mengandung pengambilan kafein hendaklah dikurangkan atau dihentikan sama sekali kerana kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Ada juga bukti yang menunjukkan kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan.

Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka.

Kajian telah menunjukkan bahawa kafein memberi kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain. Kafein cenderung untuk merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan. Di sini kafein bertindak mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak.

Dalam situasi begini adalah penting kepada remaja yang aktif bersukan dan gemar mengambil minuman berkafein agar meminum air yang tidak berkafein secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Dengan pengambilan kafein juga akan menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot dan melambatkan masa untuk rehat selepas menjalani senaman. Bagi wanita dalam peringkat menopaus yang gemar mangambil minuman berkafein akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan-bahan mineral tersebut.

Walaupun kesan kafein berbeza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari. Namun terdapat pelbagai saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak mengenai pengambilan kafein yang unggul. Walau apa pun saranan yang diutarakan mengenai pengambilan kafein yang unggul dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya kita menghidap penyakit tertentu yang mungkin alah kepada kafein.

Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu.

Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut.

Kesan jangka panjang

Ulser - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser.

Masalah Jantung – Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.

Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala.

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.

Jenis Makanan & Minuman Kandungan Kafein (mg) Dos

Kopi Tapis/Saring 100 – 150 satu cawan
Kopi Segera 50 – 70 satu cawan
Teh 30 – 90 satu cawan
Teh Uncang 65 satu cawan
Kopi Nyah Kafein 1 – 6 satu cawan
Minuman Kola 72 360g
Soda Oren Sunkist 42 360g
Minuman Coklat Panas 5 satu cawan
Kek Coklat 20 – 30 satu potong

Ubat-ubatan

Ubat Migrain 100 mg/dos
Analgesik 15 - 40 mg/dos
Batuk/Selsema 15 – 125 mg/dos

Sebab tu kte tak galakkan minum kafein..hehe
Tahu tak anda bahawa semua perunding2 SD2 adalah orang2 yang cukup arif tentang pemakanan sihat..
Dan kami amat mengambil berat tentang kesihatan anda..
So jangan ragu2 memilih perunding sd2 kami...

So..jom.pm/sms/call 019-4076532

Suka ? Like je Okeyy :)