Isnin, 17 Disember 2012

Berpuasa ketika Diet



Kali ini mas nk berkongsi pula tentang diet semasa berpuasa..
Oleh kerana bulan puasa semakin hampir...
Ramai yg berebut2 peluang berpuasa sunat sepanjang Bulan Rejab dan Syaaban ni..
Namun.. oleh kerana semangat yang kuat untuk slim sebelum raya..
Banyak kemusykilan atau pertanyaan bagaimana nak berdiet semasa berpuasa...

So.. oleh kerana mas ni rajin ( hehehe..pasan plak..)...
So mas nak kongsi bersama bagaimana anda dapat memanfaatkan program diet ini dengan jayanya walaupun anda sedang berpuasa..

Apabila kita berpuasa, maka ada beberapa pantang semasa berdiet SD2 yang perlu kita perhatikan.

Pantang SD2 yang pertama adalah jangan berlapar atau tidak mengambil apa-apa makanan lebih dari 6 jam sewaktu kita jaga. Namun begitu kita masih boleh berdiet dan mengambil SD2 sambil berpuasa kerana kewajipan berpuasa adalah lebih penting cumanya metabolisma kita menjadi perlahan sedikit dari biasa tetapi berat kita masih boleh turun. Apabila kita sudah berbuka nanti makanlah dengan kenyang tetapi tetap tidak mengambil karbohidrat dan gula serta minumlah air yang banyak untuk menggantikan air yang hilang sewaktu siang.

Perkara atau syarat yang lebih penting untuk kita perhatikan sewaktu berpuasa adalah kita mestilah makan cukup protien semasa berdiet. Cukup protien disini bermaksud kita masih perlu mengambil 8 scoop sehari. Anda boleh memilih untuk mengambil 3 scoop pada waktu bersahur, 3 scoop waktu berbuka dan 2 scoop sebelum tidur.

Saya sangat menekankan perkara ini kerana sekiranya anda berdiet dan berat badan anda masih turun tetapi anda tidak memakan cukup protien maka ini akan meninggalkan kesan yang tidak elok pada badan anda. Kesan yang pertama adalah apabila anda turun berat badan nanti maka kulit ada tidak cukup tegang, kendur dan nampak cengkung. Sekiranya cukup memakan protien maka kulit anda akan nampak lebih tegang, tidak kendur, sihat serta warna kulit sepatutnya nampak lebih cantik.

Kesan kedua adalah apabila tidak cukup memakan protien maka apabila anda turun berat badan, tisu badan atau lean mass anda tidak dilindungi dan jika anda berhenti berdiet nanti maka lemak akan lebih cepat terkumpul dan anda akan mengalami kesan berat naik mendadak seperti program diet yang memakan ubat-ubat diet yang ada dipasaran. Sekiranya tisu badan atau lean mass anda dilindungi dengan memakan protien yang cukup maka anda tidak akan mengalami masalah berat naik mendadak ini.

Itu sebabnya saya tidak menggalakkan samada alasan anda berpuasa atau malas atau akal terlalu bijak hendak menjimatkan duit maka anda tidak mengambil SD2 seperti yang sepatutnya. Sekiranya anda hanya ingin menjalani fasa pengekalan atau maintenance, maka tidak perlu mengambil SD2 tetapi cuma menjaga kadar karbohidrat yang anda boleh ambil atau dipanggil Critical Carbohydrate Level of Maintainence (CCLM) yang selalunya lebih kurang 100g sehari. Tetapi apabila anda masih mengambil SD2, maka makanlah cara yang betul.

Semoga puasa anda diberkati disamping beribadah dengan cara yang sihat.
Sebarang pertanyaan..019-4076532

Suka ? Like je Okeyy :)

Tiada ulasan: