Isnin, 17 Disember 2012

Pentingnya Apple Cider sewaktu diet

Apple Cider Vinegar
Fungsi & Kebaikan Apple Cider :-

Minum cuka (apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), cuka juga merupakan salah satu makanan paling alkali dimana ia dapat mengimbangkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka membantu mempercepatkan metabolisma badan
untuk menyingkir lemak2 terkumpul pada badan anda.

Cuba mengambil SD2 dengan apple cider vinegar dan ketostix anda menjadi pink dengan cepat....

Fungsi & Kebaikan Apple Cider :-

Untuk pengguna Slim Diet II, anda boleh lmencampurkan 'Apple Cider'- 2 sudu kecil bersama SD2/ campur air biasa/sejuk minum begitu sahaja pun boleh, ia bertujuan membantu meningkatkan metabolisma badan....

1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.
Apple Cider digunakan sejak 400BC oleh Hippocrates (bapa perubatan moden) sebagai tonik tenaga dan penyembuh..

CARA GUNA: 2 sudu kecil APPLE CIDER boleh campur dalam 2 scoop SLIM DIET 2 - 2 kali sehari 





Call 019 407 65 32 yusma untuk info lanjut

Suka ? Like je Okeyy :)

Iklan Kami

Inilah antara Iklan2 yang yusma join...
Jom seiring sejalan ubah nasib kita hari ini...












Suka ? Like je Okeyy :)

Gemuk Sebab Keturunan

KEPERCAYAAN KETURUNAN PENYEBAB OBESITI.

Secara saintifiknya, obesiti terjadi akibat pengambilan kalori yang tinggi melebihi daripada keperluan harian.
Pengambilan kalori adalah berbeza-beza mengikut individu. Individu yang bekerja disektor pembinaan mempunyai keperluan kalori yang tinggi berbanding pekerja di pejabat.
Individu yang berumur 66 tahun perlu mengurangkan pengambilan kalori berbanding
 dengan peringkat remaja.
Ada beberapa faktor penyebab obesiti. Antaranya, genetik atau keturunan. Jika seseorang individu itu mempunyai ibu bapa yang obes, kemungkinan besar individu itu akan mewarisinya. Salah satu faktor yang kuat menyebabkan obesiti kerana ibu bapa yang obes akan menurunkan gaya pemakanan yang tidak sihat itu kepada anak mereka.
Dari segi pemakanan pula, adalah harus diingatkan tentang kualiti makanan yang diambil juga merupakan penyebab obesiti. Makanan yang telah diproses kebanyakannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi.
Obesiti boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses seperti makanan segera, makanan dalam tin dan lain-lain lagi.
Obesiti juga boleh disebabkan oleh kadar aktiviti yang kurang. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti.
Di dalam kes-kes tertentu, obesiti juga boleh disebabkan oleh sesuatu penyakit seperti hypothyroidism atau sindrom Cushing. Selain itu juga, pengambilan beberapa jenis ubat tertentu bolah menyebabkan obesiti.

So jangan salah tafsir keturunan penyebab Obesiti..
Bukankah kita semua dilahirkan dengan tubuh badan yg normal..
Gaya pemakanan kitalah sebenarnya menjadi punca..
Jadi.. jangan berlengah lagi..
Kami pasti anda akan dapat bentuk badan yang asal..
Apabila berdiet dengan SD2..peace..:)

Jika nak maklumat lanjut....
Sila pm/sms/call 019-4076532

Suka ? Like je Okeyy :)

Kesan Ubat-ubatan terhadap diet anda

Kenapa Berat Masih Tak Turun Ni!!!
Sering kali mas terbaca komen2 pengguna yg sedang berdiet masih tidak berjaya menurunkan berat badan. Nak tahu kenapa?
Jom kita lihat kenapa..

APAKAH UBAT-UBATAN YANG MENGGANGGU PENURUNAN BERAT BADAN?

Masih banyak yang tidak berjaya menurunkan berat badan kerana tidak faham dan mengambil ubat-ubat yang mengganggu penurunan berat badan ketika berdiet.
Diantara ubat-ubatan yang diketahui selalunya melambatkan atau menghalang penurunan berat badan adalah seperti berikut:-

• Estrogens dan kebanyakan HRTs (synthetic hormone replacement therapies) termasuk ubat merancang kehamilan
>>Estrogen digunakan sebagai bahan pil kontrasepsi dan juga terapi bagi wanita menopause. Ia juga akan mengakibatkan kenaikan berat badan dan menghalang penurunan berat badan.

• Ubat anti-depressants
>> Untuk merawat kemurungan atau masalah tekanan perasaan(psikiatri)

• Insulin dan ubat penggalak insulin (insulin-stimulants)
>> Untuk rawatan kencing manis

• Ubat anti-arthritis (termasuk steroids)
>>Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka.
Penurunan berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat badan.
Penurunan berat badan akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut.
Penurunan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah.

• Diuretics dan beta-blockers
>>Untuk merawat penyakit darah tinggi.Terutamanya diuretics yang juga dikenali sebagai beta-blockers, yang menyebabkan penghalang kepada penurunan berat badan. Apabila berat badan anda turun, selalunya tekanan darah akan menjadi lebih baik dan doktor anda perlu mengurangkan ubat penyakit darah tinggi supaya tidak over-dose.

So..bagi yg mengambil ubat2an yg tersenarai di atas bersedia untuk menerima hakikat bahawa penurunan berat badan anda terlalu perlahan atau tiada langsung perubahan..

Jadi kepada anda2 semua yg belum lagi mengalami penyakit2 di atas tu.. Lebih2 lagi yg mengalami masalah berat badan berlebihan.. Cepat2 lah berdiet dengan SD2" SIHAT SEBELUM SAKIT"....:)





Hubungi yusma di 019-4076532 utuk info lanjut

Suka ? Like je Okeyy :)

Pentingnya makan sayur-sayuran

Kali ini mas nak kongsi pula pentingnya sayur2an dlm menu harian kita..:)

KENAPA SAYUR-SAYURAN PENTING KETIKA BERDIET?

Sayur-sayuran memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.Kebanyakan nega
ra maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.

Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan ke arah hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.

Secara amnya, setiap sayur-sayuran ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memulihkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran ini dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat mengamalkan sayur-sayuran ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan.

DAUN SALAD

Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.

Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan.

LOBAK PUTIH

Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak mengetahui yang lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman. Brassica rapa adalah nama saintifiknya dan beasal dari keluarga Crucifera. Sayur ini mengandungi kandungan air , glukos, sokros dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.

Dan banyak lagi sayur2an yg diketahui khasiatnya...
So..jadikan amalan memakan sayur-sayuran sebagai rutin dalam menu harian kita ketika berdiet dengan sd2..

Pertanyaan pm/sms/call 019-4076532

Suka ? Like je Okeyy :)

Kenapa Air Membantu Penurunan Berat Badan

Mas sering menyarankan agar mereka yang mengambil alsd2, minum air sekurang-kurangnya 2 litre atau lebih sehari. Kenapa ?

"ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia berma
kna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap 4 jam. Jadi buang air kecil 6-7 kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 mililiter air kencing.Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak.Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari. ~Sumber : Harian Metro

Suka ? Like je Okeyy :)

Kurus Tanpa Berlapar



Suka ? Like je Okeyy :)