Alpha Lipid Sleep Time.
Pada tanggal 15 Mei 2011, semasa Konvensyen Royalti ke -57, syarikat NZ New Image sdn bhd telah melancarkan produk Alpha Lipid Sleep Time.
Sleep Time ialah minuman lazat yang diperbuat dari susu New Zealand yang mengandungi Unique Protein Profile, yang dihasilkan oleh hanya lembu yang tertentu, yang dipilih melalui ujian DNA.
Susu khas ini dipertingkatkan melalui teknologi yang dipatenkan dan kemudian dicampurkan dengan bahan-bahan premium untuk menyokong ketenangan semulajadi serta tidur yang sihat yang merupakan sebahagian daripada rutin malam anda.
Kelebihan Alpha Lipid Sleep Time
Kelebihan utama Alpha Lipid Sleep Time ialah untuk meningkatkan peringkat Rapid Eye Movement yang merupakan kunci utama untuk tidur yang sihat dan berkualiti.
Kitaran tidur adalah seperti di bawah;
Tidur ada 5 peringkat.
Peringkat 1, 2, 3, 4 (atau peringkat NREM, non-rapid eye movement) dan REM (Rapid Eye Movement).
Peringkat 1.
Permulaan untuk tidur. Anda “masuk dan keluar” daripada tidur. Senang terjaga kalau ada orang kejutkan. Pergerakan mata dan badan anda menjadi perlahan. Kadang-kadang kaki anda tersentak. Dan anda berasa seperti “terjatuh”.Peringkat pertama ialah keadaan di mana seseorang berada di antara separuh tidur dan separuh sedar. Pada peringkat ini otot tubuh mula tenang, tekanan darah, denyutan nadi dan suhu badan menurun. Ketika ini sejenis hormon dipanggil cortisol bertidak.
|
Peringkat 2.
50% masa tidur anda berada di peringkat ini. Pergerakan mata anda berhenti. Aktiviti otak perlahan.
Peringkat kedua, light sleep atau tidur-tidur ayam di mana seseorang itu tidak begitu nyenyak. Lebih daripada separuh waktu tidur dihabiskan dalam peringkat ini.
|
Peringkat 3.
Peringkat pertama “deep-sleep”. Otak menghasilkan gabungan “slow waves” dan “faster waves”. Ia dipanggil “delta waves”. Susah untuk dikejutkan dari tidur. Kalau anda bangun semasa peringkat ini, anda akan pening dan bingung beberapa minit.
|
Peringkat 4.
Peringkat kedua “deep-sleep”. Otak lebih menghasilkan “slow delta waves”. Lebih sukar untuk dikejutkan dari tidur. Jika peringkat ini pendek, anda bangun dan berasa tidak cukup tidur. Kedua-dua peringkat “deep-sleep” ini penting untuk tidur yang berkualiti.
|
Peringkat ketiga dan empat ialah tahap deep sleep atau tidur nyenyak di mana tubuh memberi ruang otak berehat dan menjana semula tenaga. Keadaan ini selalunya dibantu oleh badan jika banyak gangguan atau tidur tidak lena.
Rapid Eye Movement (REM.)
Peringkat dimana mimpi akan datang. Anda akan bernafas laju, tidak sekata dan dalam. Mata bergerak pantas. Otot badan tidak boleh bergerak. Jantung berdegup pantas dan tidak sekata.
Selepas bermimpi anda kembali ke peringkat tidur-tidur ayam kemudian tidur nyenyak semula. Pusingan ini berulang sebanyak empat atau lima kali pada waktu malam tetapi selepas dua pusingan waktu malam tetapi selepas dua pusingan waktu malam tetapi selepas dua pusingan waktu tidur nyenyak berkurangan daripada tidur-tidur ayam.
|
Adakah Anda Mendapat Tidur yang berkualiti, sihat dan puas secukupnya?
Nikmatinya dengan Sleep Time.
Ia mampu membawa tidur anda ke peringkat deep sleep dan REM yang maksimum!
Tahukah anda ? Tidur yang baik bermakna permulaan hari yang baik keesokan harinya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan