Isnin, 17 Disember 2012

Anda mengalami sembelit?


KENAPA ANDA MENGALAMI SEMBELIT KETIKA MENJALANI PROGRAM DIET SD2?

Tanda-tanda:
Sembelit atau masalah buang air besar. Tidak kerap buang air juga mungkin berlaku jika anda sudah menjalani program diet SD2.

Sebab:
Pertukaran jenis makanan secara tiba-tiba boleh menyebabkan masalah ini sebagaimana anda mungkin telah lalui jika melancung ke negara lain. Anda juga mungkin kurang minum air, kurang senaman dan kurang makan serat disebabkan tidak boleh memakan buah-buahan dan juga anda masih kurang mengambil sayur-sayuran.

Apabila anda sembelit, anda mungkin juga kerap mendapat kekejangan otot, merasa kembung atau bloating, sakit kepala, sakit belakang dan merasa sembab serta tidak selesa.

Bagaimana mengatasi masalah ini:

Anda perlu mengambil makanan tambahan serat atau fiber supplement untuk mengatasi masalah sembelit.

Pilihan anda diantaranya termasuk serbuk serat Psyllium Husk yang tidak berperisa dan boleh didapati di kebanyakan farmasi atau kedai makanan kesihatan.

Minum air yang cukup.

Cubalah bersenam dan perlahan-lahan tambahkan jumlah serat yang anda ambil dari jumlah 2 sudu besar setiap hari sekali sebelum tidur dicampur segelas air kosong sehingga sembelit anda hilang.

Alternatif lain,

Daun kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit boleh diatasi hanya dengan makan timun setiap hari.

Minat berdiet dgn jayanya dengan SD2?
Jom pm/sms/call 019-4076532

Suka ? Like je Okeyy :)

Tiada ulasan: